Ingin Tampak Lebih Muda Dari Usia Sebenar ?

Kulit meliputi 16-18 % berat badan manusia. Ia adalah organ yang amat besar dan paling jelas kelihatan. Bagi wanita mahupun lelaki pada masa kini, penampilan dan penjagaan kulit yang sempurna merupakan rahsia kelihatan lebih ,menarik. Salah satu faktor penentu wanita dan juga lelaki ketika meningkatnya usia ialah apabila melihat kulit pada diri mereka yang bermula daripada garis-garis halus sehingga ke kedut-kedut yang jelas kelihatan.

Malah, kulit akan mengalami kehilangan ketegangan dan kegebuhannya disebabkan oleh kadar kolagen yang ada di dalam badan manusia semakin berkurangan dengan peningkatan usia dan faktor-faktor luaran seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran dan sebagainya. Apabila faktor luaran ini mempengaruhi keanjalan kulit, ia sesuatu yang membimbangkan bagi segenap manusia.

Memahami Kolagen

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan di dalam badan setiap manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein yang ada di dalam badan bagi membantu pertumbuhan dalam penjanaan semula sel baru dalam badan. Kolagen yang wujud pada badan manusia merangkumi bahagian yang terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, sakur darah, keratan ( rambut & kuku ), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tukang sum-sum dan tisu serta othan seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik di mana ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kadar penghasilan kolagen akan berkurangan sebanyak 1.5% setiap tahun selepas usia mencecah 25 tahun. Tetapi kesan yang paling ketara dapat dilihat adalah 10 tahun selepas itu dan pada usia mencapai 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang sedia ada. Pengurangan kolagen tersebut boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamnya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut dan penyusutan ini juga akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal mula kelihatan apabila umur kita mencapai pertengahan unur 20-an.

Usia Bukan Lagi Rahsia... BellaGene Ada Jawapannya

Tidak ada satupun sistem anti-penuaan yang boleh menjadi efektif tanpa bekalan kolagen di dalam badan. Badan kita tidak boleh dapatkan kolagen daripada makanan harian. Namun kini bersama Gano Excel kita ada penyelesaiannya iaitu dengan BellaGene. BellaGene merupakan minuman marin terhidrolisis bersama strawberi dan juga ekstrak biji anggur, vitamin C serta aloe vera yang dapat membantu anda dalam menghasilkan tahap kolagen yang hilang secara berperingkat. BellaGene yang juga mempunyai berat molekul sebanyak 4,000mg telah diformulasi khas bagi membekalkan kolagen mudah cerna dalam bentuk yang sedia diserap oleh tubuh bagi kegunaan yang lebih efisien.

Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan awet muda, tetapi juga baik untuk kesihatan kita semada dalaman mahupun luaran. Ini kerana BellaGene kaya dengan Oligometric Proantho Cyanidin ( OPC ) yang merupakan bahan anti-aksidan dan unsur semulajadi panting di mana ianya terdapat di dalam biji anggur. OPC amat kaya dengan protein terutamanya kolagen yang menjadi bahan utama dalam pembentukan sel dan tisu. Malah, IOC berfungsi 50 kali lebih efisien daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukan, berbanding tumbuhan lain OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.

Kandungan Vitamin C di dalam BellaGene juga mempengaruhi daya penyerapan kolagwen dan glutathione, juga merupakan salah satu anti-aksidan yang terbaik serta ia juga membantu mencegah kerosakan sel kulit, menyembuh luka dan mencerahkan parut serta tona kulit.

Disamping itu, khasiat yang terkandung di dalam cairan lendir alie vera seperti gel di pelepahnya yang berwarna kehijauan dapat membantu melambatkan proses penuaan sel dan mengekalkan kecantikan kulit agar kelihatan muda.

Keberkesanan BellaGene

Rahsia di sebalik wajah yang cantik dan berseri akan anda rasai dengan pengambilan BellaGene secara teratur. Kulit akan lebih halus dalam masa dua minggu pertama selepas pengambilan BellaGene, seterusnya menjadi lebih tegang. Garis-garis halus dari kedut di sekitar mata juga akan mula menghilang dan garisan halus di sekitar bibir pula mula berisi. Ini kerana BellaGene akan menjana semula kolagen dalam badan yang diperlukan oleh kulit untuk menghasilkan sel kulit baru dan menggalakan pemulihan secara cepat apabila berlakunya kecedraan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut pada kulit. Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan penggunaan jangka panjang kolagen akan meningkatkan kesihatan dan ketegangan struktur protein.